COREATAN KALAM




Sabdaan Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. Bermulanya kisah diri saya yang hina ini "Saya pernah lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah dan bermacam - macam lagi juga menjadi punca saya melarikan diri dari rumah. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada anda... SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir. IBU adalah bank bergerak saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Alhamdulillah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT membuka hati saya untuk kembali ke jalan-Nya. Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan. Semua yang berlaku akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya. Mungkin ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi ianya akan menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh kesal.
Adakah orang yang dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap dalam cahaya dari Tuhannya, sama seperti orang yang tertutup hatinya? Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras hatinya dari mengingati Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (Az Zumar: 22)

Doa Nabi Nuh: Doa Berlindung Dari Sesuatu Yang Tidak Diketahui Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang dengannya aku tidak ketahui dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang yang rugi.(Hud: 47)

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. (Al Baqarah: 23)

Doa Menjelang Pagi: “Kami memasuki pagi begitu juga dengan ciptaan Allah, Tuhan Sekalian Alam.”

Popular Posts

Riwayat Hidup Seseorang Yang Bergelar Manusia