Monday 16 January 2012

NasyidFM CHAT ROOM

DARI KEIKLASAN HATI KETULUSAN JIWA BERMUHASABAH DIRI

Salamunllah . . . 

Dipagi ini aku cuba untuk meluahkan keperihan yang telah aku rasai dihari ini . Mungkin inilah dinamakan Muhasabah diri . Hari ini, Aku merasakan diriku terlalu hina. Dengan apa yang telah aku lakukan pada diri aku, dengan apa yang telah aku lakukan pada perasaan aku, apa yang telah kulakukan pada insan yang menyangiku iaitu keluargaku, sahabat-sahabatku, juga Kesalahan dan kesilapan yang terlalu besar aku lakukan pada Allah s.w.t . Aku seorang manusia lemah yang selama ini kuakui akulah yang bagus, akulah yang hebat, akulah yang betul dalam apa jua yang aku lakukan . Sudah banyak kali aku diberikan kesedaran, peluang olehNya untuk aku perbetulkan kesilapan yang telah kulakukan . Tapi aku masih lakukan kesilapan yang sama . Apakah yang aku mahukan didunia fatamurgana ini ? dunia yang penuh dengan tipu daya . Bila difikirkan balik, diriku ini sebenarnya lemah dari semua katogeri. Aku lalai dibawa arus dunia yang sementara ini . Tiang agama . Apakah itu ? bagi aku, itu adalah solah 5 waktu sehari semalam rukun islam yang telah lama aku tinggalkan . Kata-kata Umi dan Abahku itu adalah betul . Senang kata, mereka ni makan garam terlebih dahulu daripada aku . Pada masa lalu aku juga fikirkan yang sama juga . Tapi kenapa aku masih tertewas ? Apa yang aku tahu serba sedikit, syaitan telahpun berjumpa dengan Allah s.w.t meminta keizinan dan mendapat kebenaran dariNya juga syaitan telahpun berjanji akan menyesatkan umat Islam sejak kejadian Adam dan juga Hawa sehinggalah yang terakhir kejadian yang dicipta oleh Yang Maha Esa iaitu manusia . Umat diakhir zaman . Akulah . . . sape lagikan ? Ini salah satu faktornya . Tetapi kenapa aku lemah untuk tempuhi segala rintangan mahupun godaan syaitan juga godaan hawa nafsu itu ? Astaghfirullah Alazim . . . Dulu aku pernah jatuh dan bangkit kembali bersama dengan semangat serta sokongan padu dari keluarga tersayang . Telah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh keluarga untuk diriku . Sejak didalam kandungan hinggalah aku besar, mereka tidak pernah berputus asa menunaikan kewajipan mereka sebagai Ibu dan Bapa . Ya Allah . . . balaslah pergorbanan yang telah mereka lakukan keatas dirku . Dipagi ini juga sekali lagi aku titiskan air mata aku seperti yang telah berlaku dimasa dulu . Ya Allah . . . tabahkanlah hatiku .Lembutkanlah hatiku . Kau bukakanlah pintu hatiku dan Kau permudahkanlah untuk aku berusaha perbetulkan kesilapan yang telah kulakukan itu lagi dan lagi . Sesekali aku dengki dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh orang lain . Mereka boleh terus hipun bahagia disamping keluarga mereka . Tetapi aku ? Tidak kurasakan itu . Kau berikan mereka kepandaian untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk . Kenapa pula aku selalu tidak dapat berfikir sepertimana mereka yang lain . Bila kukenang raut wajah ibu juga ayahku, tidak dapat ku tahan lagi air mataku ini . Aku ingin perubahan dalam hidupku . Dihari yang aku tempuhi sebelum ini mungkin aku selalu menyusahkan meraka . Ya Allah . . . berikanlah aku kekuatan untuk aku tebus kesilapan juga kesalahan yang telah aku lakukan pada diriku, pada keluargaku, pada sahabat-sahabatku, juga padaMu ya Allah . . . Aku takut akan dosaku yang telahku lakukan . Nauzubillahiminzalik . Astaghfirullahal azim . . . Kau ampunilah dosa dosa yang telah aku lakukan itu ya Allah . . . Aku masih tidak kuat  . . . Tidak kuat untuk aku lakukan semua perubahan yang aku inginkan itu . Ya Allah . . . Kuatkanlah aku . . . Kau jadikanlah maksud hidupku ini hanya untuk agamaMu dan agamaMu itu hanyalah untukMu . Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah . Sebelum kulelapakan mataku dimalam ini, sekali lagi kupohon pengampunan dariMu ya Allah . . . Kepada rakan-rakan yang membaca posting ini atau terbaca akan ia, usahlah mendurhakai ibu bapa yang telah melahirkan kita dan janganlah kita melakukan perkara-perkara membatasi hukuk hakam Allah s.w.t . Amalmakruf nahi anil-mungkar . bersamalah kita membuat perubahan baik untuk diri kita juga agama . Sahutlah dan gerakkanlah makrifat untuk diri kita . Sesungguhnya aoa yang kita cari didunia ini bukanlah harta benda , wang ringgit, wanita dan apa saja yang ada didunia ini . kerana ianya akan kita tinggalkan jua nanti . Apakah yang perlu kita cari ? Bersama kita mengenali Allah . . . Apa yang saya coretkan ini hanya sekadar untuk diri saya sebenarnya . Saya tidak tahu dimana ingin saya luahkan . So saya luahkannya disini saja . Jika saya ada lakukan kesilapan dalam membuat posting ini, terutama skali saya pohon ampun dariNya diikuti anda semua . . . Ingat tanak post . Tapi, mungkin ada sesuatu dalam posting ini yang boleh membantu kita bersama untuk kita renung-renungkan dan bersama untuk kita muhasabah diri . 

Salam wahsalam Khoirun Ummah Al-Jannah . . . . 

Sunday 15 January 2012

The Details of The Introduction


Mari bersama renung-renungkan dan hayati dengan kisah riwayat hidup seorang manusia ini yang tidak lama lagi akan disiapkan sepenuhnya. Nantikan kemunculan Dragon Ballz dimusim yang kedua.

Popular Posts

Riwayat Hidup Seseorang Yang Bergelar Manusia